Monday 18 March 2013

PAS Membisu Tiada Hudud Dalam Manifesto PR




Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.

Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.

Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.

Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya.

Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang.

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.

Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.

Isu Lahad Datu : 12 perkara untuk renungan - Utusan




1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.

4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

6. Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.

Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

7. Tindakan Anwar menyanyikan lagi “Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’.

Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.

“Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

8. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.

“Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.

“Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.

9.“SAYA hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

10. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.

Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.

11. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.

Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.

Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’.

12. MENURUT sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

Azhar Idrus Benarkan Perbuatan Menghasut


Astaghfirullah, ulama tersohor PAS Ustaz Azhar Idrus kini sudah hilang pedoman apabila mengeluarkan ‘fatwa songsang’ dengan menyatakan tidak salah menghasut dibuat untuk tujuan kebaikan. Kenyataan bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim hari ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan.

Jika diamati 'fatwa songsang' pimpinan PAS bukan baharu lagi dalam sejarah susur galur politik  negara ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga pernah mengeluarkan 'fatwa songsang' mengemparkan umat Islam seperti ‘mengundi Pas masuk syurga’ dan  `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN’.

Selain itu antara kenyataan pernah digunapakai pemimpin PAS adalah ‘bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam’, ‘tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundi Pas’ dan sebagainya.

Ia dilihat sebagai satu strategi politik Pakatan Pembangkang PKR, DAP dan PAS khususnnya menggunapakai pendekatan ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Walaupun kenyataan yang diberikan oleh penceramah bebas itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar. Sebagai contoh sekiranya ingin melakukan dosa, namun niat kita baik maka ia adalah perkara yang dibenarkan.

Para peminat cerita barat, pasti pernah mendengar nama watak Robin Hood, seorang penyamun dan perompak yang diangkat sebagai tokoh kerana membantu orang yang dalam kesusahan. Dari segi moral, benar tindakan tersebut boleh dikatakan terpuji, namun sekiranya berlandaskan hukum ia TETAP berdosa dan satu perbuatan yang tercela. Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk menguna pakai kaedah 'Matlamat Menghalalkan Cara', kerana ia merupakan salah satu pendekatan ideologi komunis yang jelas bertentangan dengan seruan Islam itu sendiri.

Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4) menghasut membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. Manakala menurut Islam disebut juga sebagai mengadu-domba yang merupakan perkataan Arab ‘an-namimah’.

An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Selain daripada itu, ia juga diertikan sebagai ‘Ghibah’ iaitu keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran.

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : 'Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya'

Bertanyalah Nabi Muhammad S.A.W kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi Muhammad S.A.W : Iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya.

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W ditanya : Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Baginda Rasulullah S.A.W menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya. ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada di samping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

Namun begitu bukan bermakna sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai hukuman khusus bukan termasuk dalam dosa besar.

Ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang merupakan agama fitrah dan juga agama nasihat bukan setakat agama yang menghukum semata-mata.

Ini kerana ada sesuatu perbuatan sudah memadai dengan nasihat secara lembut dan ada yang terpaksa ditetapkan hukuman secara khusus. Ini juga sebagai memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia bukan untuk menambahkan bebanan.

Sumber rujukan al-Quran dan Syeikh Yusuf Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.

Sunday 17 March 2013

Tun Musa Hitam Balas Dendam Pada Tun Mahathir Dengan Buku Jingga?

Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga.  Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program  'Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini.   

Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ‘membela kitab suci Pakatan Rakyat’ itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya ‘membela Pakatan Rakyat’.  

Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir.  Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya. 

Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar ‘Ultra Melayu’ oleh kaum Cina.  Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang.  Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain.  Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain.  

Namun, setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain.  Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu.  

Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga.  Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul.  Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.  

Namun, itu dulu.  Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu.  

Semuanya kerana wujudnya kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan.  Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman.  Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP.  

Maka, lahirlah manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu.  Mereka biadap, angkuh dan langsung tidak menghormati kaum Melayu.   Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu.   Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah!   Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai hasil dari usaha kaum mereka semata-mata.   

Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia.  Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara ini.  

Saturday 9 March 2013

i - Files: Pendedahan Perisik John Smith Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim

aku terfikir untuk merungkai siapa sebenarnya anwar sehingga aku tergerak hati membuka i-files yang telah diambil dari risikan Jonathan Smith yang telah lama menyiasat dan memerhati perjalanan politik seorang manusia yang mempunyai pelbagai wajah. Dokumentari yang disiarkan sebanyak empat episod ini. Gerakkan Pluralisme yang dia cuba bawak jelas banyak dipengaruhi gologan Radikal yang lebih memihak kepada komunism. Pimpinan dunia pernah runtuh akibat gerakkan pluralisme dan LGBT... jadikanlah masyarakat pompei sebagai iktibar adakah orang sebegini yang kita mahu jadikan pemimpin???

Suara Pakatan Rakyat Refers To National Heroes As Pigs


Scums! That is the first word we could say after seeing the caricature published in one of the opposition's portal. It depicted the picture of a swine shooting at a man holding a tasbih.
The significance which we could see from the characters in the cartoon would be as if the country's armed forces are fighting against the weak Sulu intruders, all without any well-equip fire power.
Even though if we are to look it at certain angle it is true, because we cannot deny that our security forces do have state of the art weapons. But that does not mean they cannot attack those intruders, because the whole country know that those intruders has taken out eight of our national heroes.
However, that is not the thing which we should discuss, because the issue here is how rude they are in attempting to gain sympathy from rakyat. How dare they manipulate this issue as Malaysians are still in grief over the invasion in Sabah?
It seems like the only thing opposition wants is to ensure BN/UMNO fall, that is it.
It is true, in the political arena, everyone wants to win, but that does not mean one can be rude.
Some things can be done for the sake of parties' political interest, but when it comes to issues involving security of our country, Malaysia need all of its rakyat to stand united. It is just sad to see the opposition only focuses on populist issues which only benefits them.
For example, the death case of a political officer to one of Selangor Exco member from DAP a while back, not just that they seek for defense, leaders such as Anwar Ibrahim and Nizar Jamaluddin even came to the funeral as a token of respect.
But, as eight of our heroes died in defending our country, not just that they did not come, some of them even insulted these fallen heroes. What's worse is that some of their supporters even described these fallen heroes as government dogs etc.
Where is the solidarity, demonstration, Royal Commission of Inquiry, hajat prayers and other things like what was done for Beng Hock? Is the death of our eight heroes is not as significant as Beng Hock;s death?
Not to raise any sentiment issues, but sometimes their political strategies need to be rejected. Their 'the end justifies the mean' political culture is not part of our Malaysian culture.
Malaysiakini for example, tries to belittle the credibility and integrity of our national armed forces through their report saying as if the measures taken by Malaysian army was too much, by only quoting statements made by Sulu leaders from Philippine.
It is clear that the report was released to create a while lot of other perception among rakyat. Not just that, they even tried to strengthen then story by showing picture of people burning the picture of our Prime Minister.
In a way, the portal tries to show that they are transparent in reporting their news, but in another angle, they are only bringing bad agenda, spreading their agenda through readers' unconscious mind so that rakyat will hate our government and our leaders in any way possible.

ANWAR AND HIS PACT TAKE LAHAD DATU ISSUE AS AN OPPORTUNITY TO FURTHER HIT AT NAJIB AND BN


Anwar Ibrahim and opposition pact now have issues to play up – to replace the other make-believed issues that have been repeated again and again with new actors and new scenes but same scripts.
Now Anwar and the pact ‘go to town’ crying out loud over the purported government’s ‘slowness and incompetency in handling the so-called crisis, an issue they think can bring down the government, if not at the very least Sabah.
Lahat Datu to them is the issue that can be played and shake the confidence of Malaysians towards the leadership’s firmness and fast decision making.
One thing for sure, Anwar as a Malay and Muslim, has no idea on the reasons behind the slow decision and he, a former Cabinet member who purposely ignores the sensitive diplomatic issue that involved in the incident.
What Anwar is doing is to just incite and instigate the minds of Malaysians to blame the government for the delay in solving the Lahat Datu incident, and if this works and the psychological effect can be sustained until the general election, he and the pact can salvage whatever have been lost.
Anwar and the pact have lost a lot – the make-believed issues and the latest their manifesto have been shredded to pieces by not their political enemy BN – but by non-partisan economists and normal people.
The manifesto actually show Anwar and the pact’s lack of knowledge – economic and social sciences – because their focus is only on politics and to gain power, even their politics are half-baked, unintellectual and crude.
They misread the 2008 tsunami as support for them when the reality was Malaysians just wanted former out but since Malaysia’s democracy involves the party the PM represents, so the party suffers the effect.
But as of today, Malaysians who voted for the pact realized how they have been cheated, misled and lied and they know now who leaders of the pact are – racists and opportunists who would sell their mothers to achieve what they want.
The Lahad Datu incident to Anwar and the pact is nothing to be sad about, the death of our warriors who defended the country’s dignity and sovereignty has no bearing because Anwar and the pact leaders only think what benefit they get from it.
To them achieving their aim is more important than the country’s dignity, sovereignty, death of armed forces personnel and policemen and the sufferings of people living in the areas affected.
To Anwar and the pact, Lahad Datu is a good issue to play up against Prime Minister Najib Tun Razak and BN and this is what they will be highlighting during the campaign later.
But they forget one thing, Malaysians, as highlighted by the media, are One Heart in the issue and they are determined to see whoever behind this incident put behind bars.

Friday 8 March 2013

Anwar Bergembira Saat Sabah Di Ceroboh


Pencerobohan oleh pengganas Sulu yang berlaku di Sabah khususnya di Lahad Datu sememangnya mengejutkan ramai pihak, tapi peliknya disebalik apa yang berlaku, ia seperti tidak mengejutkan langsung bagi Anwar Ibrahim.

Sekelumit cemuhan atau kemarahan ke atas pengganas Sulu langsung tak kedengaran dari mulut Ketua Umum PKR itu, malah dalam blog peribadinya juga hanya kata-kata kritikan dan pertikaian ke atas kepimpinan negara saja yang ada.

Balik-balik Anwar hanya mengulangi pertikaiannya terhadap pemimpin negara yang hala tujunya jelas untuk menimbulkan kesangsian ramai terhadap pucuk pimpinan negara, seperti tanpa sedar memperlihatkan tangannya sedang memainkan wayang kulit dari sebalik tabir.

Malah Anwar juga seperti sudah mengetahui akan berlaku sesuatu yang tidak diingini di Sabah bila mana kerap menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" dalam video kompilasi boleh ditonton di beberapa channel Youtube.

Beberapa ceramah yang dihadirinya sejak beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku hinggalah tarikh 14 Februari 2013 dalam video itu, jelas kedengaran Anwar mengajak pendengar ceramahnya menyanyikan lagu itu bersamanya.

Anwar seperti yang kita ketahui sememangnya pernah membincangkan perihal autonomi Sabah malah pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari membincangkan isu tersebut termasuklah mengenai tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri itu.

Dan ia terbukti benar sebagaimana disahkan oleh beberapa media Filipina dan Reuters, yang hingga kini tiada penafian jelas dari Anwar sendiri.

Selain itu, sekutu utama Anwar di Sabah iaitu, Jeffrey Kitingan juga pernah bertemu dengan waris individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan lama sebelum ini Jeffrey pernah di tahan atas dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Biasanya orang yang sedang kegembiraan atau terlalu kemaruk sakan, menjadi kelazimannya bercakap merapu atau menyanyi sesatu lagu yang mempunyai maksud tersirat sesuai dengan nalurinya.

Sedang rakyat Sabah menanti penuh debaran bila isu ini akan berakhir, Anwar pula seperti bergembira meraikannya sambil berdondang sayang di atas pentas ceramah melagukan nyanyian seperti sengaja memperlekehkan rakyat Sabah dan pengorbanan anggota keselamatan.

Jika nyanyian itu satu kebetulan, maknanya Anwar sengaja buat tidak endah dan langsung tidak bersimpati dengan ketakutan yang dialami rakyat Sabah kerana pencerobohan yang berlaku sejak 9 Februari 2013 mustahil tidak sampai ke pengetahuan Anwar.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=epy2dIH9zhI

5 Years Under Pakatan Rakyat Leadership - Price Of Low-Cost Homes Too Low?


Many ask, after five years of PKR leading Selangor, how many low-cost homes have been built and where are they? How much do they cost? Because most of the information on this are different and blurry.
Some of Selangor government reports said that 5,612 low cost homes projects have been planned. From there, only 287 was completed last year.
Then, another statement from Selangor state government on October 30, 2012 said that 6,470 low cost homes have been built since 2008.
And in the middle of it, we were shocked with the statement made by Selangor Chief Minister as he suggested high-income group to purchase low cost homes without any requirements to solve the issue of those home which remain unsold.
Why twist this issue even when it is just about numbers?
Numbers cannot be changed or twisted. If 1,000 low cost homes are built, it cannot be changed to 2,000 or 500 no matter how much we change the fact.
Rakyat has begun to understand that the low cost homes issue in Selangor is not really part of Selangor government's top priority as they only focus on profit, just so that they could show their numbers as if they managed to generate high income for the state.
Under Barisan Nasional, the proposed land for the construction of low cost houses were sold to developers with the price of RM1/square feet to help developers in making profit as well as helping the poor to own their own home. However, Pakatan Rakyat government changed the 'land' as a business deal and the source has now been valued according to market price.
Logically, no developers would do their business on welfare reasons such as building low cost homes on expensive land. Obviously, that would be hard for the government to implement low cost homes projects.
On November 2012, MCA Selangor Chairman, Datuk Donald Lim Siang Chai expressed the party's concern over the issue and he suggested that Selangor government should give the land to federal government to implement the project.
A responsible government should take a balanced approach in developing commercial and luxury projects to ensure that rakyat's welfare are taken care of no matter what.
This is the approach taken by Barisan Nasional which drives our country to where it is today.
Sadly, for people of Selangor, PR is not even interested about rakyat's welfare.
Even though property issues in Selangor is huge due to expensive homes, news that are published on property magazines often portray the lands as one of the most interesting properties in Asia. Obviously, this would attract foreigners instead of locals who definitely would not be able to purchase such homes.
Based on this fact, PR has proven that the party might be smart in business, but not as a government.
Only within five years, PR had given such burden to Selangor people, just imagine if they are to rule for another five years to rule the state, low income rakyat might have been stomped to death by their own government.

Mengapa PR perlu takut dengan Filem 'Tanda Putera'?? ianya wajib ditonton !!


Aku tak faham kenapa takut sangat puak-puak PR dengan filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba ini. Sedangkan mereka kata ikhlas bila memperjuangkan Filem Karut Nasi Lemak 2.0 yang berkaitan dengan puak mereka. Agenda Subversif yang cuba dibawa pembangkang ketika ini perlu di lihat serius agar peristiwa 13 Mei Dalam Filem Tanda Putera ini tidak berulang. Harus lihat bagaimana biadapnya komunis meletupkan Tugu Negara dan menembak Ketua Polis Negara di dalam kereta. Sesuatu yang anak muda hari ini harus lihat bagi mengenang perjuangan Pejuang Lama seperti Tun Razak, Tun Dr Ismail , Tun Dr Mahathir , serta Toh Puan Rahah dan Toh Puan Neno. Berdassarkan sinopsis, aku tak tahu kenapa ianya perlu dibenci sehingga wujud dislikes di You Tube terhadap traillernya sebanyak 4000 lebih, dan aku tahu itu kerja siapa (yang anjurkan dislikes) - kat sini aku sertakan sinopsis yang langsung tak de kena mengena ngan isu perkauman.... sebab pertama, masyarakat cina ketika itu juga dibunuh komunis. 

Sinopsis filem Tanda Putera

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia dijangka menemui penonton bermula 13 September 2012.


KENAPA HARUS DI BOIKOT KARYA ORANG MELAYU TEMPATAN SEDANGKAN KARYA BUKAN MELAYU DIANGKAT SETINGGI LANGIT???!!! 

AYUH SOKONG KARYA FILEM TEMPATAN!!